Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

KENINGAU – Seramai 13 murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, di sini, menerima manfaat daripada pelaksanaan program intervensi awal yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu menilai tahap kesediaan mereka mengikuti pendidikan inklusif.

Pensyarah Kanan Program PAKK, Dr Juppri Bacotang berkata, Program Tunas Insan Istimewa yang dilaksanakan oleh Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), UMS tersebut memberi tumpuan kepada saringan dan intervensi awal dalam usaha mengenal pasti potensi serta keperluan pembelajaran murid berkeperluan khas.

“Program ini membantu pihak sekolah mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai tahap kesediaan murid untuk mengikuti Program Pendidikan Inklusif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Melalui aktiviti yang dijalankan, murid berpeluang mengembangkan kemahiran sosial, komunikasi dan pembelajaran mereka dalam suasana yang lebih kondusif dan menyeronokkan.

“Pada masa yang sama, guru dapat menggunakan dapatan daripada saringan dan penilaian yang dibuat bagi merancang pendekatan pengajaran yang lebih efektif dan bersesuaian dengan keperluan murid,” katanya semasa merasmikan program berkenaan baru-baru ini.

Tambah Juppri, penganjuran program berkenaan sejajar dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 4 yang menekankan akses kepada pendidikan berkualiti dan inklusif untuk semua.

“Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen UMS dalam membantu komuniti melalui perkongsian kepakaran akademik serta pelaksanaan program yang memberi impak langsung kepada masyarakat.

“Dengan Pendekatan Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan khidmat kepada komuniti, mahasiswa berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah dalam situasi sebenar, sekali gus meningkatkan kompetensi profesional sebagai bakal pendidik,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Program, Syahirah Nur Ain Rasmet berkata, penglibatan aktif murid sepanjang program berlangsung menunjukkan keperluan berterusan terhadap program intervensi awal yang mampu menyokong pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah.

“Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan murid dan komuniti sekolah turut memberi nilai tambah kepada mahasiswa dalam memahami cabaran sebenar dunia pendidikan.

“Program ini membuktikan peranan aktif UMS dalam memperluas akses pendidikan inklusif serta membantu memastikan murid berkeperluan khas memperoleh peluang pembelajaran yang lebih adil dan menyeluruh.

“Sokongan yang diberikan oleh UMS Flexible Education Centre (UMSFLEC), Kumpulan Yayasan Sabah dan Gunung Asli Enterprise turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini,” katanya.

Related Posts

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menyediakan peruntukan kira-kira RM200,000 bagi membantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan di kawasan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

SANDAKAN – Isu anjing liar yang semakin membimbangkan di kawasan bandar, kampung dan taman perumahan perlu diberi perhatian serius dan tindakan bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terjamin. Ketua Cabang Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas