Penyasaran subsidi RON95 hasilkan penjimatan RM2.5 bilion

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi 2026 dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion, tertakluk kepada pergerakan harga minyak mentah dunia dan kadar pertukaran mata wang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu dicapai hasil ketirisan subsidi yang berjaya dikekang selain kejayaan membendung sindiket penyeludupan ke negara jiran

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, inisiatif diperkenalkan sejak September tahun lalu itu turut memberi pelbagai manfaat serta sudah disalurkan semula kepada rakyat bagi mengurangkan beban kos sara hidup.

“Setakat ini penyasaran subsidi RON95 untuk 2026 dijangka menjimatkan RM2.5 bilion. Jadi Alhamdulillah kerana kejayaan itu kita boleh perkenalkan beberapa program untuk membantu rakyat termasuk STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah).

“Dua hari lalu, 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas terima RM100 setiap individu melalui MyKad (melalui) SARA.

“Bayangkan dalam tempoh dua hari, kita telah belanjakan RM200 juta dan dua juta rakyat boleh menggunakannya.

“Ini satu kejayaan dalam kalangan penjawat awam juga dengan dasar yang lebih telus,” katanya pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau menjawab soalan asal Ahli Parlimen PH Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang meminta perincian penjimatan dicapai melalui pelaksanaan BUDI MADANI 95 sepanjang 2025 dan unjuran penjimatan bagi 2026 serta bagaimana penjimatan itu dimanfaatkan untuk disalurkan semula bagi meringankan kos sara hidup rakyat khususnya B40 dan M40.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, walaupun pelaksanaan penyasaran subsidi agak mencabar khususnya dalam mendepani reaksi serta penerimaan rakyat, kerajaan berpendirian ia masih mekanisme terbaik untuk diteruskan.

“Di bawah pentadbiran MADANI, kita memilih untuk akur kepada realiti dan berani menyasarkan subsidi di setiap peringkat secara berfasa, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak. Kita tak banyak pilihan kerana ketirisan akibat subsidi tak bersasar ini terlalu tinggi.

“Seperti mana saya pernah tegaskan di Parlimen sebelum ini kita tak memilih untuk menerima pendekatan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi yang mahu kita laksanakan cara pengapungan.

“Bila harga diapungkan, sekitar RM13,000 untuk satu keluarga, selebihnya akan diberikan bantuan. Tetapi kita fikir ini hanya akan membebankan rakyat terbanyak,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu turut merujuk kenaikan tarif elektrik yang disasarkan hanya kepada pihak industri dan golongan berpendapatan tinggi dengan 85 peratus rakyat terbanyak di negara ini tidak terkesan.

“Begitu juga dalam menyasarkan subsidi melalui BUDI95, keutamaan kita untuk memastikan pengalaman rakyat membeli petrol tidak terganggu.

“Pertama, proses bayaran kekal seperti biasa melalui tunai, kad kredit atau e-wallet dan harga bersubsidi boleh terus dinikmati di semua jenama stesen minyak.

“Penggunaan MyKad terbukti bahawa subsidi boleh disalurkan dengan lebih selamat, teratur dan efisien. BUDI95 merekodkan purata sehingga 3.1 juta transaksi sehari, atau sehingga 96 juta transaksi sebulan. Ini bukti bahawa urusan membeli RON95 bersubsidi kekal lancar,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri juga menegaskan had penggunaan 300 liter sebulan untuk RON95 bersubsidi juga dilihat tidak berbangkit.

“Ketika ini ia mencukupi untuk kegunaan biasa berdasarkan data penggunaan yang menunjukkan purata kegunaan sekitar 100 liter sebulan dan 90 peratus pengguna tidak menggunakan lebih daripada 200 liter sebulan” katanya.

Related Posts

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

PUTRAJAYA – Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah berjaya meletakkan semula Malaysia pada landasan ekonomi yang lebih stabil, kredibel dan berdaya saing di peringkat antarabangsa berbanding era…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah