Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

DALAT – Pusat Pemprosesan Baja Dalat yang disempurnakan prapelancarannya pada Jumaat, bakal melonjakkan produktiviti sektor pertanian dan tahap sosioekonomi petani luar bandar di wilayah tengah Sarawak.

Majlis perasmian kemudahan tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, projek berimpak tinggi itu diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi hijau yang lebih lestari.

“Kemudahan ini dijangka menyokong kuat agenda pembangunan luar bandar (yang dibawa) kerajaan, selain memacu peningkatan kualiti hidup serta kesejahteraan ekonomi rakyat secara menyeluruh,” katanya.

Menurut beliau, projek tersebut turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk syarikat korporat dan koperasi tempatan.

Jelasnya, jalinan kerjasama itu penting bagi memastikan kelangsungan operasi pusat berkenaan supaya dapat memberi manfaat secara terus kepada kumpulan sasar.

Turut hadir ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi; Residen Bahagian Mukah, Bujang Rahman Seli; bekas Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh dan tokoh pendidikan, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah.

Related Posts

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

KUCHING – Persepsi yang menganggap wakil rakyat penyokong kerajaan (backbenchers) sekadar menjadi pengikut buta tuli atau ibarat ‘lembu dicucuk hidung’ dalam meluluskan sebarang dasar kerajaan adalah tidak tepat sama sekali.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

KUCHING – Konsep semak dan imbang di Sarawak mempunyai takrifan berbeza apabila penyatuan seluruh rakyat di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat lebih kritikal berbanding keperluan memiliki pihak pembangkang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah