Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

KOTA KINABALU – Jaguh gusti lengan nombor satu dunia, Devon Larratt, yakin Sabah mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan sukan susulan kepelbagaian tarikan alam semula jadi, budaya dan makanan yang ditawarkan negeri ini.

Atlet dari Kanada itu berada di Sabah bersama isterinya, Jodi Larratt, sempena kejohanan East vs West International Arm Wrestling Competition, yang julung kali diadakan di Malaysia dengan Sabah sebagai tuan rumah.

Menurut Devon, penganjuran acara sukan antarabangsa mampu menarik lebih ramai pelancong kerana ia menggabungkan pertandingan, pengalaman budaya dan penerokaan destinasi dalam satu pakej.

“Jika seseorang boleh berlatih, bertanding, menikmati makanan yang enak dan meneroka tarikan tempatan di satu tempat, ia menjadikan destinasi itu sangat menarik,” katanya.

Sepanjang lawatan, pasangan itu dijadual mengunjungi beberapa tarikan utama Sabah termasuk Taman Kinabalu, Kampung Budaya Mari-Mari, pelayaran Sungai Klias dan Pasar Ahad Gaya Street.

Kejohanan yang berlangsung di Centre Point Sabah pada 20 dan 21 Jun itu dijangka menghimpunkan lebih 150 peserta dari 13 negara.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar