Pengguna ECRL tidak akan berdepan masalah liputan internet – Fahmi

KUANTAN – Pendekatan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali dilakukan Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat menyelesaikan masalah liputan internet di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, menerusi pendekatan itu, semua pengendali rangkaian telekomunikasi utama di Malaysia akan berkongsi infrastruktur dalam menyediakan liputan internet kepada penumpang ECRL kelak.

“Kementerian Komunikasi bersama-sama MCMC memacu pendekatan dengan pembabitan lima pengendali rangkaian mudah alih utama di negara ini.

“Berasaskan prinsip perkongsian infrastruktur bagi meningkatkan liputan, langkah ini juga akan menambah kualiti perkhidmatan dan kecekapan pelaburan.

“Ini adalah selari dengan dasar Kerajaan MADANI – Di mana ada jalan, di situ ada internet – dan sepanjang jajaran ECRL tidak akan timbul masalah liputan rangkaian telekomunikasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren EMU dan e-Loco Projek ECRL dan Penyerahan Surat Lantikan Penyedia Infrastruktur Rangkaian Mudah Alih Jajaran ECRL di stesen ECRL KotaSAS, dekat sini, hari ini.

Majlis dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Pada majlis itu, syarikat telekomunikasi Maxis dan Umobile menjadi perintis kepada usaha memastikan tidak berlaku gangguan internet kepada pengguna ECRL.

Fahmi turut menegaskan, majlis berkenaan bukan sekadar acara penyerahan surat lantikan, tapi ia menandakan satu langkah penting kerajaan dalam usaha membina masa depan digital negara.

Katanya, usaha itu selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang memberi penekanan kepada kemampanan dan kesejahteraan rakyat, di samping pertumbuhan ekonomi berteraskan teknologi.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu