Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan, berbanding kedudukan ke-23 pada tahun lalu.

Peningkatan itu turut menyaksikan Malaysia memperbaiki kedudukan sebanyak 19 anak tangga dalam tempoh dua tahun selepas berada di tangga ke-34 pada 2024, sekali gus kembali berada dalam kelompok 20 ekonomi paling berdaya saing dunia dengan skor keseluruhan 81.91 mata.

Dalam kalangan ekonomi Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan kelima di belakang Singapura, Hong Kong, Taiwan dan China, namun mengatasi Australia, Korea Selatan, Thailand, Vietnam serta Jepun.

Pencapaian itu disokong oleh prestasi lebih baik dalam beberapa komponen utama yang digunakan IMD bagi menilai tahap daya saing sesebuah ekonomi. Bagi komponen prestasi ekonomi, Malaysia mencatat kedudukan keempat dunia dengan skor 78.41 mata, di belakang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ireland dan Singapura.

Bagi kecekapan kerajaan, Malaysia berada di tangga ke-14 dunia dengan skor 71.58 mata, manakala kecekapan perniagaan menyaksikan negara di kedudukan ke-16 dengan skor 75.38 mata.

Sementara itu, bagi komponen infrastruktur, Malaysia berada di kedudukan ke-33 dengan skor 59.76 mata.

Dalam pada itu, Malaysia turut disenaraikan sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing dalam kumpulan negara dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita di bawah AS$20,000, selepas China.

Bagi kategori ekonomi dengan populasi melebihi 20 juta penduduk pula, Malaysia berada di kedudukan kelima dunia di belakang Taiwan, Amerika Syarikat, China dan Arab Saudi.

Secara keseluruhan, Singapura kembali menduduki kedudukan teratas sebagai ekonomi paling berdaya saing dunia dalam WCR 2026, diikuti Hong Kong, manakala Switzerland merosot ke tangga ketiga.

Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima, menurut laporan yang menilai 70 ekonomi di seluruh dunia itu.

Menurut IMD, penarafan tersebut mengukur daya saing ekonomi berdasarkan empat faktor utama iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

Laporan tahunan itu diterbitkan oleh IMD yang berpangkalan di Switzerland dan menilai keupayaan sesebuah ekonomi untuk menjana serta mengekalkan persekitaran mesra perniagaan yang menyumbang kepada kemakmuran jangka panjang.

Related Posts

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

KAZAN – Malaysia bakal memperoleh jaminan bekalan petrol, minyak dan gas bagi tempoh jangka panjang daripada Rusia, sekali gus memastikan kestabilan pasaran domestik serta mengukuhkan sekuriti tenaga negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

KAZAN – Malaysia menyambut positif memorandum persefahaman (MoU) perjanjian damai yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, dengan harapan ia dapat membuka lembaran baharu ke arah keamanan dan kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas