India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

KOTA KINABALU – India melihat Sabah sebagai pasaran yang mempunyai potensi besar untuk diterokai khususnya dalam sektor pelancongan, perdagangan dan teknologi.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Hitesh Rajpal berkata, sektor-sektor berkenaan terus menjadi antara keutamaan kerajaan India dalam strategi penglibatan antarabangsanya.

“Saya memuji dan menghargai usaha Lembaga Pelancongan Sabah yang proaktif dalam pasaran India termasuk dengan pihak berkepentingan pelancongan dan syarikat penerbangan seperti IndiGo.

“Dalam aspek penerbangan awam, mungkin kita boleh mempercepatkan lagi rundingan. Jika kita berjaya mewujudkan penerbangan terus, ia akan menjadi satu perubahan besar.

“Apa sahaja daripada pihak kami, kami sedia bekerjasama dan menggerakkannya secara bersama,” ujarnya semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, pada Jumaat.

Hitesh turut berkata, potensi kerjasama dalam industri perfileman dengan menyatakan insentif dan proses fasilitasi yang lancar mampu menarik lebih banyak produksi India memilih Sabah sebagai lokasi penggambaran.

Sementara itu, Joniston berharap India akan terus menjadi antara pasaran pertumbuhan penting bagi Sabah berdasarkan jumlah penduduk yang besar serta peningkatan segmen pelancongan keluar negara.

“Kami sedang giat memperkukuh hubungan dengan India termasuk meneroka kemungkinan mewujudkan penerbangan terus.

“Sabah akan terus bekerjasama rapat dengan rakan strategik bagi mengukuhkan kehadiran kami dalam pasaran India,” kongsinya.

Tambah Joniston, Sabah merekodkan 11,282 ketibaan pelancong India pada tahun 2025 manakala dari Januari hingga April tahun ini, sebanyak 3,802 ketibaan direkodkan, menunjukkan trend peningkatan secara beransur-ansur.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM