Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

KAZAN – Malaysia bakal memperoleh jaminan bekalan petrol, minyak dan gas bagi tempoh jangka panjang daripada Rusia, sekali gus memastikan kestabilan pasaran domestik serta mengukuhkan sekuriti tenaga negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan secara prinsip berhubung kerjasama strategik itu dicapai menerusi rundingan dua hala antara Malaysia dan Rusia.

Menurut beliau, draf memorandum perjanjian berkaitan bekalan komoditi tenaga berkenaan kini berada pada peringkat akhir sebelum dimuktamadkan.

“Ini berita yang amat baik dari Rusia kerana mereka memberi jaminan bekalan petrol, minyak dan gas untuk kita. Bukan itu sahaja, mereka bersetuju menyediakannya untuk jangka panjang.

“Maknanya rakyat Malaysia mendapat jaminan bekalan yang stabil, tidak terpaksa bergantung setiap tahun atau setiap musim, sebaliknya ada persediaan kukuh melalui memorandum perjanjian ini,” katanya pada sidang media penutup selepas lawatan kerja dua hari sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Mengulas perkembangan lanjut, Anwar berkata, perbincangan teknikal membabitkan agensi dan syarikat berkaitan telah dimulakan bagi memperincikan kerjasama berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan akan menyegerakan proses pemuktamadan sebaik sahaja delegasi Malaysia kembali ke tanah air.

“Sebaik pulang ke tanah air, kita akan meminta pihak berkenaan menyegerakan proses tersebut. Drafnya sudah ada dan prinsip sudah dipersetujui. Kita hanya menunggu delegasi rasmi untuk meneliti butiran akhir secara terperinci sebelum menandatanganinya,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas komitmen Moscow dalam memperluas kerjasama sektor tenaga dengan Malaysia, khususnya yang melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Beliau berkata, hubungan diplomatik dan ekonomi antara Malaysia dengan Rusia terus berkembang merangkumi pelbagai sektor strategik, termasuk perdagangan, pelaburan, sistem kewangan dan industri halal.

Pada masa sama, Anwar memberi jaminan bahawa kedudukan bekalan bahan api domestik kekal stabil meskipun pasaran tenaga global masih berdepan ketidaktentuan harga.

“Sebelum ini kita mengambil sikap berhati-hati ekoran kebimbangan lonjakan harga mendadak dan sekatan rantaian bekalan barangan. Namun sejak dua bulan lalu, unjuran rasmi menunjukkan pasaran bekalan kita berada pada tahap sangat stabil dan terkawal.

“Kebimbangan membabitkan petrol, diesel dan gas kini sudah reda. Malah bagi bekalan diesel yang dahulunya dianggap sangat rumit, pasaran kita kini mencatatkan sedikit lebihan.

“Kelebihan stok ini turut membolehkan kita membantu negara jiran yang memerlukan seperti Timor-Leste, jadi rakyat tidak perlu bimbang,” katanya.

Related Posts

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

PUTRAJAYA – Allahyarhamah, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali Yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai kehilangan besar kepada negara, khususnya wanita Malaysia. Beliau yang juga merupakan Ketua Wanita PKR berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita