MUIP umum kadar zakat fitrah di Pahang bermula RM8

PEKAN – Kadar zakat fitrah di Pahang ditetapkan pada kadar RM8, RM14 dan RM21 seorang bagi Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, kadar itu diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, selaras dengan keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.

“Kadar minimum RM8 dikenakan bagi yang menggunakan beras putih tempatan. Bagi beras import atau setara, kadar RM14, manakala beras basmati atau seumpamanya RM21.

“Umat Islam di negeri ini boleh menunaikan bayaran zakat fitrah mereka bermula dari awal Ramadan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat Aidilfitri,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pengumuman kadar zakat fitrah Pahang 2026 di Pejabat MUIP di sini, hari ini.

Ahmad Hairi berkata, seramai 901 amil ditauliahkan bagi melaksanakan urusan kutipan zakat fitrah dan beliau menasihatkan umat Islam menunaikan zakat melalui amil yang sah.

Menurutnya, MUIP juga menyediakan aplikasi Ez Amil bagi memudahkan urusan kutipan dan penerimaan bayaran zakat fitrah secara lebih sistematik, cekap dan telus.

“Melalui kaedah baharu ini, pembayaran boleh dilakukan secara tunai dan tanpa tunai termasuk penggunaan Kod QR FPX, kad serta perkhidmatan Google Pay dan Apple Pay.

“Selain itu, kemudahan pembayaran secara dalam talian melalui kaedah FPX menerusi laman sesawang rasmi MUIP – http://www.muip.gov.my bagi memberi lebih fleksibiliti kepada masyarakat untuk menunaikan zakat fitrah dengan mudah, selamat dan diyakini,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan