Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram.

Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran itu gagal membaca konteks sebenar.

Hakikatnya, pendirian PMX dalam isu ini bukan soal menyebelahi atau menindas mana-mana kelompok, tetapi jelas dan tegas adalah soal menjaga keutamaan negara dan keharmonian kaum di negara ini yang telah terbina selama lebih 60 tahun.

Semua perkara ada implikasinya.

Soalan yang wajar diajukan bukan semata-mata ‘mengapa PMX tegas?’, tetapi ialah:

Mengapa bantahan berkaitan kuil haram diadakan serentak dengan kunjungan rasmi delegasi India ke Malaysia?

Mengapa isu dalaman dipilih untuk dizahirkan tepat pada saat hubungan dua hala sedang berada dalam fasa sensitif dan strategik?

Lebih menarik untuk diteliti, mengapa bantahan yang sama tidak dizahirkan di Kedah?

Sedangkan di negeri tersebut, terdapat ratusan (498) kuil yang dibina tanpa status tanah yang sah, dan beberapa (13) tapak pula diluluskan di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Di sini penting untuk difahami satu perkara asas yang sering dikelirukan secara sengaja.

Hal ehwal tanah dan kelulusan binaan berada di bawah kuasa kerajaan negeri, bukan kerajaan Persekutuan.

Maka apabila kemarahan hanya ditumpukan ke Putrajaya, ianya menimbulkan persoalan tentang motif bantahan itu sendiri.

Konteks ini menjadi lebih kritikal apabila dilihat dalam landskap geopolitik dunia hari ini.

Dunia sedang menyaksikan ketidaktentuan geopolitik yang serius dan usaha negara-negara membangun untuk keluar daripada kebergantungan sistem kewangan Barat.

Dalam landskap ini, India muncul sebagai antara pemain utama ekonomi global, bukan sekadar kuasa serantau.

Sebagai salah satu tonggak BRICS, India memainkan peranan penting dalam usaha membentuk alternatif kepada hegemoni Barat.

Malaysia pula telah menyatakan minat untuk menyertai BRICS, sebagai langkah strategik mempelbagaikan sandaran ekonomi negara.

Dalam konteks ini, kena difahami bahawa diplomasi berkesan dengan pihak-pihak berkepentingan bukanlah pilihan tetapi satu kemestian.

Apa-apa tindakan domestik yang berpotensi menjejaskan hubungan diplomatik perlu ditangani dengan cermat dan berdisiplin.

Tidak menunggu lama, PMX telah menyatakan dan mengarahkan secara tegas kepada PBT untuk mengurus dan meroboh binaan-binaan haram mengikut lunas perundangan dan peraturan.

Inilah kebijaksanaan kepimpinan PMX, tahu bila dan bagaimana untuk bertindak. Bukannya cacamarba.

Anwar mungkin dilihat terlalu tegas, tetapi Anwar tidak akan mengorbankan kepentingan jangka panjang negara ini demi kepuasan emosi jangka pendek.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Malaysia tetap pertahan prinsip negara walau ada hubungan baik bersama kuasa besar

MUAR – Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau