Kerajaan Sabah tubuh Pasukan Petugas Khas tangani isu pelancongan di Semporna

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemantauan Industri Pelancongan Semporna bagi menangani secara menyeluruh isu berkaitan operasi penginapan dan pembangunan pelancongan di daerah itu.,

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi pemantauan industri pelancongan di daerah itu yang melibatkan agensi-agensi berkaitan Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, pemain industri serta wakil komuniti.

“Objektif utama pasukan petugas ini adalah untuk menangani isu-isu pelancongan di Semporna secara menyeluruh dan bersepadu, bukan secara reaktif, melalui pendekatan sistemik yang menyelaraskan peranan, bidang kuasa dan penguatkuasaan antara agensi berkaitan.

“Isu berkaitan aktiviti dan operasi perniagaan haram adalah di bawah bidang kuasa utama Kementerian Kerajaan Tempatan.

“Kerajaan Negeri, melalui pasukan petugas ini, akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan tadbir urus yang baik, penguatkuasaan berkesan dan pembangunan pelancongan yang teratur di Semporna,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.

Ia susulan kenyataan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berhubung laporan 81 premis penginapan di Semporna yang didakwa sebahagian besarnya dikendalikan oleh syarikat luar.

Dalam pada itu, Jafry turut mengambil maklum dan menilai secara menyeluruh berdasarkan fakta serta mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang negeri Sabah.

“Sabah mengalu-alukan pelaburan asing kerana rangkaian global dan akses pasaran antarabangsa merupakan pemacu penting kepada pertumbuhan industri pelancongan.

“Namun begitu, setiap pelaburan mesti memberikan manfaat yang jelas kepada Sabah, termasuk memperkukuh penglibatan tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah serta memastikan limpahan ekonomi yang bermakna kepada komuniti setempat,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendekatan pihaknya adalah berasaskan bukti dan berorientasikan penyelesaian.

“Industri pelancongan tidak boleh berkembang sebagai ‘enclave economy’, di mana keuntungan mengalir keluar sedangkan manfaat kepada penduduk tempatan adalah minimum.

“Sabah perlu kekal berdaya saing di peringkat global, sambil memastikan rakyat Sabah menjadi penerima manfaat utama di negeri sendiri,” tambahnya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, termasuk KPDN, bagi memastikan tadbir urus yang jelas, penguatkuasaan yang terselaras serta pembangunan pelancongan yang mampan di Semporna.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit