Hormat perbezaan demi kekalkan keharmonian negeri – Mustapha

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah diseru agar terus menghormati perbezaan demi mengekalkan keharmonian yang telah lama dinikmati di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi namun ia perlu dizahirkan dalam suasana saling hormat-menghormati.

“Memang kita berbeza pandangan. Kita hormati. Saya pegang satu sahaja iaitu kita kena cari titik-titik persamaan.

“Tetapi kita kena hormati perbezaan di antara kita. Itu saja, dalam apapun agama, apapun budaya, banyak persamaannya.

“Tetapi ada yang berbeza. Mungkin dari sudut akidah kita, dari segi pemahaman atau fahaman politik.

“Kita kena hormati pandangan mereka. Jadi, jangan kita bergaduh. Ini adalah negara demokrasi. Negara berperlembagaan,” katanya ketika merasmikan Majlis Buka Mata Singa di Tugu Inanam, di sini pada Ahad.

Tambah Mustapha, rakyat bebas untuk meluahkan pandangan namun ia tidak seharusnya disalahgunakan sehingga mencetuskan perpecahan atau membawa masuk budaya yang boleh merosakkan keharmonian sedia ada di negeri ini.

“Kita sudah hidup harmoni di Sabah ini. Jadi, kita tidak mahu ada elemen-elemen yang cuba untuk memecah-belahkan,” ujarnya.

Mustapha yang Ahli Parlimen Sepanggar turut mengingatkan agar setiap pandangan yang ingin disuarakan hendaklah disampaikan secara beradab serta selaras dengan budaya masyarakat Sabah.

Katanya lagi, perjuangan mempertahankan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah satu keperluan dan tidak boleh dikompromikan.

“Kita tidak akan berhenti untuk memperjuangkan hak-hak kita seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Itu, pasti. Tetapi, kita kena buat perundingan berdasarkan perlembagaan dan jangan sampai ia memecah-belahkan kita dan menjejaskan reputasi kita, reputasi negara kita di mata dunia,” ujarnya

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak