Kemelut tanah FELDA, Kerajaan Terengganu hampir selesai

KUALA NERUS – Perbincangan mengenai isu membabitkan ladang komersial antara FELDA dan kerajaan Terengganu hampir selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta Bahagian Kawalan Felda (BKF) dan penyelesaian dijangka dicapai dalam masa terdekat.

“Hampir selesai. Kita telah mengadakan perbincangan dengan SUK dan juga BKF… Insya-Allah, perkara ini akan diselesaikan dalam waktu paling terdekat,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2025 dan Pemukiman Syarikat Milikan Agensi KKDW di sini, hari ini.

Kerajaan Terengganu sebelum ini mengeluarkan Notis Seksyen 425 Kanun Tanah Negara iaitu larangan menceroboh terhadap tanah diusahakan FELDA membabitkan 10 ladang dengan keluasan kira-kira 15,000 hektar.

Notis itu diserahkan secara serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu selepas kerajaan negeri mendakwa tanah terbabit diteroka tanpa pembayaran premium, cukai tanah atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.

Untuk rekod, tanah diusahakan FELDA sejak 1985 itu merangkumi kawasan seluas 14,791 hektar, termasuk Ladang FGV Setiu 1 seluas 1,742 hektar.

Related Posts

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

KUALA LUMPUR – Dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji menuntut suatu reformasi institusi yang mendasar bagi memastikan kelemahan pengurusan, tata kelola dan kewangan yang berlaku tidak berulang lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

PUTRAJAYA – Keperluan untuk kerajaan mengesyorkan pengilang pakaian sekolah menghasilkan jenama khas ‘Uniform Sekolah MADANI’ yang ditawarkan pada harga mampu milik bagi membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa setiap kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit