Manfaatkan bantuan SARA untuk sambut CNY, Ramadan

KOTA KINABALU – Penerima SARA Untuk Semua diseru untuk memanfaatkan bantuan yang diterima secara berhemah agar dapat membuat persediaan awal bagi sambutan Tahun Baru Cina (CNY) dan bulan Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, bantuan berkenaan menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat, selaras dengan prinsip inklusi sosial, dan memberi manfaat nyata kepada rakyat di semua lapisan masyarakat

“Pertama, kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI dan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memberikan SARA untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

“Kita harap supaya penerima-penerima ini dapat menggunakan bantuan tersebut untuk persediaan sambutan Tahun Baharu Cina dan juga sambutan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi,” katanya selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina 2026 KEADILAN Kota Kinabalu, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam hantaran di media sosial memaklumkan, Kerajaan MADANI telah bersetuju meluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku (frozen food) menjadikan jumlah keseluruhan 15 kategori barangan asasn meliputi 140,000 jenis barangan.

Kerajaan turut menyasarkan peningkatan penyertaan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada 10 ribu kedai menjelang hujung tahun 2026 dan jarak kedai dikurangkan daripada 10 kilometer (km) kepada 7 km.

SARA Untuk Semua merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap rakyat dewasa menerima sokongan asas secara inklusif, selaras dengan pelaksanaan bantuan yang diumumkan di bawah kerangka belanjawan semasa.

Lebih 22 juta pemegang MYKad warganegara Malaysia dewasa dapat memanfaatkan kredit one-off RM100 SARA Untuk Semua yang sah digunakan sehingga 31 Disember 2026 bermula hari ini.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh