Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

KUALA LUMPUR – Pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 akan dilaksanakan segera bagi melengkapkan penambahbaikan tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH) yang sedang dilaksanakan Kerajaan MADANI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Sidang Khas mengenai Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat pada Selasa, membuktikan TH mesti terus diperkukuh.

Penguatkuasaan sedang berjalan dan institusi itu perlu diberikan ruang untuk melengkapkan baki syor penambahbaikan oleh RCI.

Beliau berkata, TH ketika ini sudah bangkit semula, dengan dana pendeposit melonjak melebihi RM90 bilion, agihan keuntungan mencatat rekod tertinggi sejak 2018 dan kos haji kekal stabil hasil pengurusan yang berhemah.

“Kepada umat Islam di Malaysia, yakinlah, TH kekal teguh mempertahan hak anda.

“Di sebalik angka RM90 bilion ini, ada wang simpanan hasil titik peluh petani, nelayan dan jemaah yang merindui Kaabah.

“Ini bukan sekadar simpanan, ini adalah amanah yang amat suci. Kita pelihara kepercayaan ini dan pertahankan maruah institusi ini, demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Sidang Khas mengenai RCI TH di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Terdahulu, seramai 39 Ahli Parlimen membahaskan laporan RCI TH pada Sidang Khas berkenaan.

Dalan pada itu, Zulkifli berkata, tindakan TH pada 2014, termasuk dalam pengisytiharan dividen ketika aset kurang daripada liabiliti dan pemberian hibah menunjukkan amaran serta peringatan Bank Negara Malaysia (BNM) diberikan perhatian serius oleh institusi itu.

“Amalan pemberian hibah tidak berhemah dan tidak berpandukan kedudukan kewangan sebenar masih diteruskan hingga 2017.

“Jika amaran BNM diberikan perhatian sewajarnya, kerajaan tidak perlu menyelamatkan TH tetapi yang sebaliknya berlaku, malah sidang Parlimen hari ini membuktikan bahawa amaran dan peringatan pihak berautoriti seperti BNM tidak diberi perhatian,” katanya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar