‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

PUTRAJAYA – Keperluan untuk kerajaan mengesyorkan pengilang pakaian sekolah menghasilkan jenama khas ‘Uniform Sekolah MADANI’ yang ditawarkan pada harga mampu milik bagi membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa setiap kali musim persekolahan bermula.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, inisiatif itu boleh menjadi satu pilihan kepada ibu bapa yang berdepan peningkatan kos penyediaan keperluan persekolahan anak-anak, khususnya membabitkan pembelian pakaian seragam.

“Saya ada cadangan yang lebih menarik. Untuk membantu kewangan rakyat, kerajaan boleh syorkan kepada para pengilang keluarkan jenama ‘Uniform Sekolah MADANI. Uniform sekolah yang lebih murah dan mampu milik.

“(Cadangan) ini jauh lebih baik dari didik rakyat berhutang untuk tujuan berbelanja pakai habis,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Sementara itu, Anuar berkata, beliau menyokong penuh apa jua usaha yang diambil kerajaan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan anak-anak.

Menurut beliau, inisiatif membeli baju sekolah secara ansuran adalah usaha yang baik selagi harganya dijamin masih sama atau lebih murah berbanding harga baju sekolah di pasaran.

“Saya sokong penuh apa juga usaha untuk meringankan beban kewangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Beli baju sekolah secara ansuran adalah usaha yang baik selagi mana harganya dijamin masih sama atau lebih murah berbanding harga baju sekolah di pasaran,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, sekiranya harga pakaian sekolah itu lebih mahal walaupun sedikit kerana dibayar secara ansuran, idea itu tidak patut dilaksanakan.

Sehubungan itu, Anuar yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) UKM berkata, pakaian sekolah sepatutnya turut dikategorikan sebagai barangan kawalan harga bagi memastikan harga baju sekolah itu tidak meningkat setiap kali tibanya musim pembukaan sekolah.

“Jika harganya menjadi lebih mahal walaupun sedikit kerana dibayar secara ansuran, idea ini tidak sesuai dilaksanakan. Bila idea baik, kita sokong. Saya punya pandangan yang berbeza.

“Beli baju sekolah anak-anak ini macam kita beli ayam, daging, minyak masak atau tepung sebelum raya. Bila tiba musim perayaan, permintaan meningkat, maka harga biasanya akan juga meningkat.

“Sebab itu kita ada undang -undang kawalan harga barangan asas supaya tidak membebankan rakyat. Baju sekolah pun sama.

“Bila tiba musim sekolah dibuka, ibu bapa akan mula membeli. Pembelian bermusim tentunya meningkatkan permintaan secara mendadak. Harga berkemungkinan besar akan ikut meningkat.

“Sebab itu baju sekolah juga sepatutnya dikategorikan sebagai barangan kawalan harga.
Supaya harga baju sekolah tidak meningkat bila musim sekolah dibuka. Kawal harga baju sekolah adalah tindakan yang wajar dan membantu rakyat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pembelian pakaian seragam sekolah secara ansuran menerusi ‘Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Mahir’ merupakan inisiatif bagi meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak.

Menurut Fadhlina, inisiatif tersebut turut membuka peluang pendapatan serta memperkasakan usahawan tempatan yang dibimbing menerusi NADI selain membantu keluarga mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana