Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

KUALA LUMPUR – Dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji menuntut suatu reformasi institusi yang mendasar bagi memastikan kelemahan pengurusan, tata kelola dan kewangan yang berlaku tidak berulang lagi pada masa hadapan.  

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dapatan laporan RCI tersebut pastinya membuatkan ramai pihak terkejut, marah dan kecewa memandangkan institusi itu menjadi wadah simpanan umat Islam di Malaysia.  

Menurutnya, pendedahan utama laporan itu mengetengahkan kelemahan dari aspek kriteria pemilihan anggota lembaga pengarah yang seharusnya mempunyai kepakaran pelbagai dalam bidang perbankan, perakaunan dan pelaburan.  

“Kita tidak boleh hanya berharap Tabung Haji ada seorang pengerusi atau ahli lembaga yang bagus. Sebaliknya, kita perlu membina sistem yang menetapkan siapa yang layak, apakah kepakaran yang diperlukan, bagaimana mereka dipilih dan dipertanggungjawabkan.  

“Pengukuhan perundangan menerusi pindaan akta serta pendekatan tadbir urus berpandukan piawaian antarabangsa amat diperlukan. Reformasi bukan sekadar mempunyai kaedah yang baik, ia memerlukan kemahuan politik untuk membina institusi yang lebih kukuh,” katanya semasa membahaskan Laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat pada Selasa.   

Mengulas mengenai isu lantikan politik ke dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji, Nancy menegaskan bahawa pertimbangan utama haruslah merangkumi aspek integriti, kelayakan, kepakaran serta keupayaan memegang amanah tanpa menjadikan kedudukan politik sebagai syarat mutlak.  

Beliau turut menyokong syor RCI yang mencadangkan pengurusan haji kekal di bawah menteri berkaitan hal ehwal agama, manakala urusan kewangan dan pelaburan dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kewangan bagi mengurangkan pertindihan tugas.  

Dalam pada itu, beliau membangkitkan isu serius mengenai ketidakpatuhan standard perakaunan Tabung Haji pada tahun 2017 apabila pengurusan institusi tersebut menggunakan Nilai Aset Yang Boleh Direalisasi.  

Katanya, pendekatan perakaunan yang berbeza itu telah memberi gambaran seolah-olah Tabung Haji mencatatkan keuntungan berjumlah RM3.4 bilion sedangkan realitinya ia merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion.  

Selain itu, Nancy turut mempersoalkan ketelusan urus niaga melibatkan penjualan 95 peratus pegangan Tabung Haji dalam syarikat PT TH Indo Plantations kepada PT Borneo Pacific memandangkan harga transaksi telah dikurangkan sebanyak USD100 juta daripada nilai asal USD910 juta.  

“Apa yang lebih pelik, Tabung Haji dilaporkan terpaksa memberi pendahuluan USD178.6 juta bagi memenuhi kewajipan pihak pembeli. Ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana keputusan urus niaga tersebut dibuat dan RCI telah mengenal pasti pelaburan ini sebagai salah satu kes yang wajar diteliti menerusi audit forensik,” tambahnya.  

Justeru, beliau menyambut baik pendirian Perdana Menteri supaya siasatan penuh oleh pihak berkuasa diteruskan ke atas dapatan Laporan RCI berkenaan.  

“Jika ada kesalahan dan unsur jenayah, mereka yang bertanggungjawab mesti diheret ke muka pengadilan tanpa mengira siapa, kedudukan atau latar belakang mereka. Tiada siapa yang mengatasi undang-undang,” tegasnya.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia