RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

KUALA LUMPUR – Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan syarikat pembangunan dan pengurusan hartanah Arab Saudi, Al-Rawda Real Estates Development mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM1.86 bilion setakat 2024.

Ia merupakan antara tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah yang dikenal pasti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerugian itu berpunca daripada perjanjian pajakan membabitkan empat hotel di Madinah yang sepatutnya digunakan sebagai penempatan jemaah haji Malaysia.

Menurutnya, antara 2015 hingga 2017, TH membayar RM1.5 bilion sebagai sebahagian daripada perjanjian pajakan dengan Al-Rawda.

“Al-Rawda mula gagal membayar sewa kepada Tabung Haji sejak suku pertama 2019, menyebabkan kerugian berjumlah RM1.86 bilion setakat 2024,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan mengenai laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Amir Hamzah berkata, perkara itu berlaku walaupun Al-Rawda gagal menyediakan jaminan bank dan melengkapkan proses usaha wajar (due diligence).

Katanya, TH tetap meneruskan perjanjian berkenaan dengan hanya bergantung kepada nota peribadi seorang individu yang tidak dinamakan.

Sementara itu menjawab soalan Ahli Parlimen Bersatu Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin sama ada keempat-empat hotel tersebut digunakan sepenuhnya oleh jemaah haji Malaysia, Amir Hamzah berkata, pihak ketiga gagal menyediakan penempatan berkenaan ketika musim haji.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, hotel-hotel tersebut telah disewakan selepas musim haji untuk pulangan selebihnya.

“Apa yang ada dalam tangan Tabung Haji adalah nota perjanjian itu sahaja, dan sedikit pun tidak dapat kepada kita. Ini urus niaga yang cacat sejak awal, berat sebelah dan gagal melindungi umat Islam di Malaysia,” katanya.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit