Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, walaupun TH melaksanakan penambahbaikan melalui pelan pemulihan sejak 2018, ia masih perlu menguruskan aset legasi kurang berdaya saing dan bermasalah yang masih kekal.

“Pada 2019, berlaku krisis keyakinan sekitar RM6 bilion dikeluarkan pendeposit dalam tempoh yang singkat.

“Dalam hal ini, Kerajaan MADANI memilih untuk memberikan ruang kepada TH untuk memulihkan institusi ini terlebih dahulu. Hari ini, apabila kedudukan TH telah jauh lebih kukuh, kita memilih untuk membuka laporan ini kepada rakyat.

“Alhamdulillah, kerajaan ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada pengurusan TH yang baharu dan semua pihak terlibat yang telah berjaya memulihkan TH dengan cemerlang,” katanya semasa penggulungan perbahasan laporan RCI berkait TH di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Zulkifli turut memberi jaminan kepada pendeposit TH, bahawa organisasi itu kekal teguh untuk mempertahankan hak mereka.

Menurutnya, kerajaan juga berikrar akan melaksanakan pindaan Akta Tabung Haji 1995 dengan kadar segera bagi melengkapkan penambahbaikan tadbir urus yang telah dilaksana.

Ini kerana, katanya di sebalik jumlah dana pendeposit yang telah melonjak RM90 bilion, terdapat wang simpanan hasil titik peluh petani, nelayan dan jemaah yang merindui Kaabah.

“Ini bukan sekadar simpanan. Ini adalah amanah yang amat suci. Kita pelihara kepercayaan ini. Kita pertahankan maruah institusi ini,” katanya.

Related Posts

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

PENGHANTARAN pulang secara sukarela tahanan warga Myanmar dari depot imigresen perlu dilaksanakan dengan kerangka yang jelas bagi memastikan aspek kedaulatan negara dan kemanusiaan terus dipelihara. Pengarah, Pusat Penyelidikan Populasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

MELAKA – Selepas hampir dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan