STTOS perhebat promosi perdagangan, pelancongan Sabah

KOTA KINABALU : Sabah Trade & Tourism Office Singapore (STTOS) diseru perhebatkan usaha mempromosikan perdagangan dan pelancongan tempatan dalam usaha membantu Kerajaan Sabah memperkukuh jaringan antarabangsa, menarik pelaburan berkualiti serta memperluas akses pasaran bagi produk dan perkhidmatan tempatan.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, STTOS berperanan penting sebagai barisan hadapan kerajaan negeri dalam mempromosikan potensi pelaburan, perdagangan dan pelancongan Sabah, khususnya di pasaran Singapura yang menjadi antara rakan dagang dan pelabur negeri itu.

“Usaha berterusan STTOS selama ini telah memberi impak positif dengan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan Sabah dalam pasaran Singapura serta merangsang minat pelaburan dari Singapura ke Sabah.

“Saya hargai usaha STTOS menggerakkan promosi pelaburan, perdagangan dan pelancongan di Sabah selama ini yang telah menyumbang kepada penyertaan syarikat tempatan Sabah dalam pasaran Singapura serta meningkatkan minat pelaburan dari Singapura di Sabah.

“Saya telah memberikan beberapa pandangan khususnya promosi ke atas taman-taman perindustrian baharu di Sabah yang diletakkan di bawah MINDET dan juga promosi ke atas pelancongan luar bandar berasaskan komuniti seperti di Kadamaian.

“Saya juga meminta STTOS untuk mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah terutama yang menerima pengiktirafan Anugerah Industri Sabah supaya dapat menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke STTOS salah satu agensi di bawah Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah pada hari pertama lawatan kerjanya di Singapura, kelmarin.

Dalam lawatan tersebut, Ewon menerima taklimat daripada Pengarah Urusan STTOS, Wendy Clare Stephen, berhubung peranan serta pencapaian pejabat berkenaan dalam mempromosikan pelaburan, perdagangan dan pelancongan Sabah di pasaran Singapura.

Selain Singapura, beliau turut menerima cadangan penubuhan pejabat perwakilan seumpama STTOS di negara lain bagi mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan, di samping meningkatkan kualiti dan standard produk serta perkhidmatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Sabah selari dengan wawasan Sabah First MINDET.

Menurut Ewon, usaha berterusan STTOS telah menyumbang kepada peningkatan penyertaan syarikat tempatan Sabah dalam pasaran Singapura serta merangsang minat pelaburan dari Singapura ke Sabah.

Dalam rangka lawatan kerja yang sama, Ewon turut mengadakan perbincangan dua hala dengan Singapore Business Federation (SBF) dan Esteel Sabah bagi membincangkan potensi pengembangan pelaburan syarikat tersebut di Sabah.

Turut serta dalam lawatan itu Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Perindustrian dan Pengangkutan Sabah Datuk Jonnybone Kurum dan Setiausaha Tetap MINDET Datuk Thomas Logijin.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit