Bas ekspres terbabas, empat cedera

JOHOR BAHRU – Pemandu dan tiga penumpang bas ekspres cedera dalam kemalangan di Kilometer 11.5 Lebuhraya Utara Selatan di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.50 malam.

“Siasatan awal mendapati bas jenis Scania itu dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun bersama-sama seorang pemandu kedua juga berumur 39 tahun serta lima penumpang.

“Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Setibanya di lokasi, bas berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tembok batu pembahagi jalan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, bas mengalami kerosakan teruk hampir keseluruhan bahagian hadapannya.

Katanya, pemandu kedua mengalami kecederaan terseliuh di leher, manakala tiga penumpang cedera ringan.

“Semua yang cedera mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah di sini.

“Pemandu utama dan dua lagi penumpang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Azrol Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Syed Syazani Imran Syed Muzafar di talian 010-450 5209 bagi membantu siasatan.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas