Penganjur Miss & Mister Celebrity International 2025 berdepan tindakan tegas

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur acara Miss & Mister Celebrity International 2025 yang didapati menggunakan logo korporat dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) tanpa kebenaran.

Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama serta identiti rasmi korporat.

Kenyataan itu menambah, pihak kementerian dan agensi berkenaan turut menafikan sebarang kaitan dengan penganjuran acara yang berlangsung di Sentul, dekat ibu negara, pada 14 hingga 22 Disember lalu.

“Didapati penggunaan logo korporat Tourism Malaysia dan logo kempen VM2026 oleh pihak penganjur dibuat tanpa kebenaran bertulis rasmi.

“Sehubungan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsiran awam atau liabiliti yang timbul daripada penganjuran acara tersebut atau penggunaan logo tanpa kebenaran,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 27 saat memaparkan seorang lelaki berpakaian wanita menerima anugerah dalam satu majlis bertaraf antarabangsa.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, yang mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Related Posts

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

SEREMBAN – Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan di beberapa lokasi termasuk di istana dan pejabat kerajaan negeri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13

PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan