Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras bernilai RM4.2 juta di Sibu

SIBU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas sebanyak 3.43 juta batang rokok dan 70,518.24 liter minuman keras tidak berkastam dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah rumah dua tingkat di Lorong Ulu Sungai Merah 46J pada minggu lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya berkata, rampasan tersebut melibatkan nilai sitaan dianggarkan RM731,809.44 manakala jumlah duti dan cukai yang terlibat mencecah RM3.47 juta menjadikan keseluruhan nilai rampasan termasuk duti dan cukai berjumlah RM4.20 juta.

Menurut beliau, serbuan yang dijalankan pada 17 Disember lalu sekitar jam 4.25 petang itu dilaksanakan oleh sepasukan pegawai Unit Operasi Darat, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sibu hasil maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM. Pemeriksaan lanjut menemui pelbagai jenama rokok dan minuman keras yang disyaki barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Siasatan awal mendapati kediaman tersebut dijadikan lokasi penyimpanan barangan seludup bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki atau menyimpan barang tidak berkastam. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda nilai duti atau RM100,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, JKDM menyeru orang ramai agar tidak terbabit dengan aktiviti penyeludupan yang bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara malah mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Orang awam juga digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam berhampiran, dengan jaminan identiti pemberi maklumat dirahsiakan sepenuhnya.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April