Pelajar UMS maut terjatuh dari atas Dewan Canselor

KOTA KINABALU – Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berumur 23 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari atas Dewan Canselor institusi berkenaan, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki berkenaan kira-kira pukul 10.10 pagi sebelum sepasukan polis dan Pegawai Penyiasat digerakkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui terbaring di atas pentas di dalam Dewan Canselor UMS oleh dua orang pekerja penyelenggaraan yang sedang menjalankan tugas di kawasan berkenaan.

“Pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 11.10 pagi,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan luaran mendapati tiada sebarang kecederaan mencurigakan selain kesan akibat terjatuh.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam Dewan Canselor UMS mendapati mangsa dilihat terjatuh pada Rabu, kira-kira pukul 6.09 petang.

“Setakat ini, tiada saksi awam yang menyaksikan kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Kasim menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik