Pintu antarabangsa Wang Kelian dibuka bagi penduduk dua negara dapatkan bekalan asas

KANGAR – Pintu antarabangsa Wang Kelian kembali dibuka dengan pelaksanaan konsep aliran bebas atau free flow secara terkawal bagi membolehkan penduduk setempat di Wang Kelian dan Wang Prachan mendapatkan bekalan keperluan asas harian yang saling bergantung antara satu sama lain.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail berkata, pembukaan laluan itu diputuskan hasil mesyuarat bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang turut melibatkan JIM negeri, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri serta Majlis Keselamatan Negara semalam.

“Pembukaan ini mengambil kira permintaan penduduk kampung di kedua-dua kawasan serta keperluan asas harian mereka yang saling bergantung.

“Penduduk Wang Prachan memerlukan akses ke Wang Kelian bagi mendapatkan bekalan bahan bakar dan keperluan tertentu, manakala penduduk Wang Kelian pula bergantung kepada pasar Wang Prachan di Thailand untuk mendapatkan keperluan harian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas program Perlis Go Clean: Walk And Plog For Change 2025 di Taman Rekreasi Bukit Lagi, di sini.

Menurut Rahimi, pembukaan laluan itu turut dibenarkan kepada orang ramai terutama melibatkan kes kecemasan, namun masih dilaksanakan dalam keadaan terkawal dan terhad.

“Kawalan akan dilaksanakan di pintu masuk utama dengan jumlah kenderaan yang dibenarkan keluar masuk dihadkan bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan keselamatan pengguna.

“Kawalan ini perlu kerana kerja pembinaan dan penambahbaikan jalan masih dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Beliau berkata, pergerakan kenderaan dari bahagian bawah laluan akan dikawal oleh pihak JKR dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia yang ditempatkan di kawasan tersebut.

Rahimi menjelaskan, laluan itu dibenarkan untuk digunakan sepenuhnya tanpa sebarang halangan dalam situasi kecemasan.

Wang Kelian sebelum ini antara kawasan yang terjejas teruk susulan 11 kejadian runtuhan cerun sehingga menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada kenderaan berat ketika banjir melanda Perlis hujung November lalu.

Beberapa runtuhan cerun turut dilaporkan berlaku di kawasan Wang Prachan di Thailand yang berkongsi sempadan dengan Wang Kelian.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu