Kerajaan Pahang terus pantau situasi banjir

KUANTAN – Kerajaan Pahang terus memantau situasi banjir di negeri itu dari semasa ke semasa dan bersedia menggerakkan segala keperluan demi kebajikan serta keselamatan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keutamaan kerajaan negeri serta agensi terbabit adalah keselamatan rakyat – khususnya penduduk di kawasan berisiko – selain memastikan operasi pemindahan dan penyampaian bantuan berjalan lancar.

“Lewat malam tadi, saya ke Pusat Kawalan Bencana Negeri Pahang untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan semasa berkaitan banjir dan Monsun Timur Laut.

“Saya turut meneliti laporan terkini paras air sungai, ramalan cuaca serta tahap kesiapsiagaan agensi terbabit untuk memastikan tindakan yang pantas dan bersepadu dapat dilaksanakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Rosdy menyeru orang ramai sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak mengambil mudah amaran cuaca dikeluarkan.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan seramai 13,479 mangsa daripada 4,434 keluarga berada di 81 pusat pemindahan sementara membabitkan enam daerah setakat jam 8 pagi ini, lapor Harian Metro.

Daripada jumlah itu, Kuantan merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 11,128 orang daripada 3,709 keluarga, diikuti Pekan membabitkan 924 orang daripada 319 keluarga, 916 orang daripada 250 keluarga di Maran.

Selain itu, seramai 454 orang daripada 138 keluarga di Rompin, 52 orang daripada 16 kelurga pula di Jerantut dan lipis membabitkan lima orang daripada dua keluarga.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik