Mohd Na’im fail tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah di media sosial

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memfailkan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa menerbitkan kenyataan fitnah mengaitkannya dengan maklumat tidak benar di media sosial.

Beliau berkata, firma guaman Akberdin and Co sudah mengeluarkan surat tuntutan kepada individu terbabit berhubung kandungan yang memaparkan tuduhan tidak berasas serta bermotif jahat terhadap dirinya.

“Kandungan itu sebagaimana dinyatakan oleh pihak peguam dalam notis itu, bukan sahaja mengandungi dakwaan tidak berasas, bahkan membawa maksud yang boleh merosakkan reputasi, maruah serta kedudukan saya sebagai anggota pentadbiran Kerajaan Malaysia.

“Tuduhan sedemikian juga mencemarkan integriti institusi hal ehwal agama yang saya pimpin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, video tular yang dimuat naik individu berkenaan mendakwa beliau menjadi dalang berlakunya maksiat di negara ini.

Video sama turut memaparkan petikan berita berkaitan dirinya berhubung operasi spa songsang baru-baru ini.

Mohd Na’im berkata, tindakan undang-undang itu diambil bagi mempertahan kebenaran, melindungi reputasi serta menghentikan penyebaran fitnah yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan keyakinan terhadap institusi agama.

“Saya ingin menegaskan semua dakwaan yang ditularkan adalah palsu dan tidak berlandaskan sebarang fakta.

“Penyebaran fitnah adalah satu kesalahan dari sudut undang undang dan bertentangan dengan nilai Islam yang menuntut keadilan serta larangan keras terhadap tohmahan,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu juga dibuat menurut haknya sebagai warganegara dan bukan bertujuan menghukum sesiapa secara peribadi.

“Tetapi bagi memastikan ruang digital tidak disalahgunakan untuk menyebarkan kebencian, manipulasi persepsi dan meruntuhkan kepercayaan masyarakat melalui maklumat palsu.

“Saya menghormati proses undang-undang. Tindakan seterusnya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak guaman mengikut lunas peruntukan undang undang sedia ada,” katanya.

Beliau menegaskan fokusnya kekal kepada tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

“Fokus utama saya kekal kepada tugas amanah sebagai seorang Menteri. Saya akan terus memberikan tumpuan kepada agenda Malaysia MADANI, pengukuhan syiar Islam, pemerkasaan institusi agama serta kebajikan ummah di seluruh negara.

“Saya menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa berwaspada dalam menerima dan menyebarkan maklumat. Semak sebelum kongsi, dan utamakan adab serta akhlak dalam berinteraksi di media sosial,” katanya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu