UEC bukan kurikulum kebangsaan, tiada keperluan diiktiraf

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) susulan langkah itu tidak selari dengan objektif dalam memperkasa sistem pendidikan kebangsaan.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menegaskan, peperiksaan itu bukan lahir daripada sistem pendidikan negara, malah kurikulumnya juga bukan kurikulum kebangsaan.

Menurut beliau, sejak tahun 1975, Tun Dr. Mahathir ketika itu Menteri Pelajaran telah pun membenarkan UEC dilaksanakan di sekolah swasta di negara ini.

“Pada 2012, ketika Datuk Seri Mohd Najib sebagai Menteri Pendidikan, UEC telah mendapat pengiktirafan separa/bersyarat bagi tujuan pengambilan guru pelatih ke instutut pendidikan guru (IPG) bagi bidang bahasa Cina sahaja.

“Nampaknya, bila sudah dibenarkan UEC beroperasi di negara ini (1975) dan diberikan pengiktirafan bersyarat (2012), sekarang dituntut pula supaya diiktiraf UEC sepenuhnya seperti mana persijilan SPM dan STPM,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Anuar berkata, sebagai rakyat Malaysia, pelbagai pihak tanpa mengira kaum seharusnya menyokong sistem pendidikan kebangsaan.

Malah, beliau yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM) memaklumkan, Malaysia adalah satu -satunya negara di dunia yang bersetuju supaya sekolah vernakular diterima sebagai ‘sekolah aliran kebangsaan’.

“Kewujudan sekolah vernakular di negara ini telah pun diiktiraf di dalam peruntukan undang -undang berdasarkan keputusan mahkamah tinggi Kota Baharu dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2021.

“Mari kita sama-sama majukan sistem pendidikan kita. Kalau ada kekurangan,  sama -sama kita tegur. Kita kritik. Tetapi bukan dengan niat meruntuhkan. Niatnya untuk sama -sama kita bangunkan sistem pendidikan kita,” katanya.

Sehubungan itu, Anuar berpendapat, pemimpin Malaysia untuk masa depan sepatutnya berjiwa besar dan menunjukkan sifat patriotik dengan bersama -sama memperkasa sistem pendidikan kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)

“Bukan dengan terus menerus memecahbelahkan sistem pendidikan kepada lebih banyak aliran dan persijilan pendidikan.

“Kena ingat, UEC bukan lahir dari sistem pendidikan negara ini. Kurikulum UEC juga bukan kurikulum kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dilaporkan mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Kor Ming juga mengulang pendirian DAP dalam usaha tersebut dan meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.

Menurutnya, DAP telah mendengar suara masyarakat Cina dan akan menyemak diri secara rendah hati supaya negara terus maju.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam, esok, dalam rangka lawatan kerja beliau ke India. Pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan