Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Fahmi menyatakan rasa dukacita atas pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

“Meski apa pun perbezaan yang pernah wujud, pemergian ini mengingatkan kita akan pengorbanan seorang insan yang tanpa lelah mencurahkan tenaga dan hayatnya untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut mengenang Allahyarham sebagai tokoh politik yang tegas, lantang dan berani dalam perjuangan, selain menjadi suara yang sering menceriakan suasana di Parlimen.

“Saya sentiasa menghormati Allahyarham sebagai seorang yang lantang dan berani. Kelantangannya sentiasa menceriakan suasana di Parlimen, meninggalkan kenangan dan inspirasi buat semua,” katanya.

Fahmi turut berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan itu.

Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada jam 1.46 pagi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, dipercayai akibat masalah buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang