Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat.

Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang Residen, Luyang, dari jam 8 hingga 9.30 pagi.

Pada jam 10 pagi, jenazah akan dibawa ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu bagi urusan mandi jenazah.

Solat jenazah juga akan dilaksanakan di Masjid Bandaraya selepas solat Jumaat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Likas untuk dikebumikan.

ADUN Lamag berusia 66 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi Jumaat oleh anaknya Naim Kurniawan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya.

29 November lalu, Bung berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag pada PRN17 Sabah.

Related Posts

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

TOKYO – Hubungan Malaysia dan Jepun yang saling melengkapi dalam sektor teknologi dan pembuatan berpotensi membina ekosistem teknologi yang lebih berdaya tahan ketika rantaian bekalan global berdepan pelbagai tekanan. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

TOKYO – Dunia kini menghadapi kekurangan hala tuju yang jelas dalam kepimpinan dan bukannya kuasa, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada Forum Nikkei bertajuk “Navigating Strategic Uncertainty”…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

AI dibimbangi jadi alat penjajahan digital – PMX

AI dibimbangi jadi alat penjajahan digital – PMX

Malaysia-Jepun tandatangan 4 kerjasama bidang strategik

Malaysia-Jepun tandatangan 4 kerjasama bidang strategik