Pelajar PhD maut, kereta terbabas masuk tasik

JELI – Seorang pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum masuk ke dalam tasik di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 6.35 petang yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Menurutnya, ketika sekitar jam 6.20 petang itu, kereta jenis Perodua Axia dipandu mangsa, Muhammad Amidee Abdullah, 25, sedang melalui selekoh kiri dalam keadaan menuruni bukit di kawasan kampus berkenaan.

“Secara tiba-tiba kereta hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tasik di bahagian kanan jalan.

“Penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri, namun pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Penumpang kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jeli,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian sebenar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jeli di talian 09-9440222 atau pegawai penyiasat di 014-8021928,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai