City menang, Haaland lakar rekod jaring 100 gol

ERLING Haaland melakar sejarah apabila penyerang Manchester City itu muncul pemain terpantas meraih 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencetak gol ketika kemenangan mendebarkan 5-4 ke atas Fulham, awal pagi tadi.

Haaland menyempurnakan lorongan pada babak pertama di Craven Cottage untuk melonjakkan jumlah jaringannya kepada 100 gol hanya dalam 111 penampilan liga bersama City.

Dia memadam rekod lama milik legenda Newcastle dan Blackburn, Alan Shearer yang memerlukan 124 perlawanan untuk mencapai angka sama.

Selepas detik bersejarah Haaland, Phil Foden pula meledak dua gol untuk membantu City mendahului 5-1.

Fulham bangkit garang pada separuh masa kedua dengan tiga jaringan dan hampir menyamakan kedudukan sebelum rembatan Josh King diselamatkan Josko Gvardiol di atas garisan pada saat akhir.

Kemenangan itu menyaksikan City yang berada di tangga kedua merapatkan jurang kepada dua mata di belakang pendahulu Arsenal yang berdepan Brentford awal pagi esok.

Related Posts

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

ERLING Haaland meledak dua gol untuk membantu Manchester City membuka kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-0 ke atas Porto awal pagi tadi. Tiga percubaan Haaland digagalkan penjaga gol Porto,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

Asyraf Wajdi, jangan jadikan isu rasuah drama penderhakaan

Asyraf Wajdi, jangan jadikan isu rasuah drama penderhakaan

17 pesakit terselamat, siling wad kanak-kanak dan wanita terbakar

17 pesakit terselamat, siling wad kanak-kanak dan wanita terbakar

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH