Sinergi Persekutuan, negeri penting tangani banjir

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen memperkukuh kerjasama Persekutuan dan negeri bagi memastikan tindakan segera dan proaktif dalam menangani banjir serta pengurusan air negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara ketujuh, yang menjadi platform tertinggi penyelarasan dasar dan hala tuju pengurusan air antara kerajaan Pusat dan negeri.

“Hakikatnya, menghadapi bencana memerlukan sinergi dan iltizam yang padu antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, justeru kita akan terus memperkukuh kerjasama bagi merangka penyelesaian menyeluruh.

“Ini termasuklah memastikan pemantauan rapi dan pelaksanaan segera projek-projek tebatan banjir,” katanya.

Anwar berkata, mesyuarat berkenaan turut meneliti status semasa banjir yang melanda beberapa negeri, sambil merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan di semua peringkat yang komited membantu mangsa.

“… dan kesempatan ini saya gunakan bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan, sama ada peringkat Persekutuan mahupun negeri yang terus komited membantu rakyat yang terkesan dengan bencana ini,” tambahnya.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu juga menerima taklimat terperinci mengenai status pengoperasian empangan serta pengurusan sumber air di seluruh negara bagi memastikan semua infrastruktur berada pada tahap optimum, selamat dan berdaya tahan.

“Insya-Allah, segala keputusan dipersetujui hari ini akan diterjemahkan kepada tindakan segera dan proaktif demi menjaga kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat