Hujan lebat luar jangka punca banyak kawasan dilanda banjir

BAGAN DATUK – Taburan hujan luar biasa dalam tempoh singkat menyebabkan berlaku banjir, termasuk di kebanyakan kawasan baharu yang sebelum ini tidak dikategorikan sebagai berisiko.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim berkata, melalui dapatan diterima agensi itu, kadar hujan bagi tempoh dua hari di kawasan terjejas menyamai jumlah taburan hujan dalam sebulan, mengakibatkan air sukar diserap tanah sekali gus mencetuskan bencana itu.

“Ketika lawatan di Perlis, saya dimaklumkan banyak kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini turut berlaku banjir disebabkan taburan hujan luar biasa ini.

“Faktor itu turut dikuatkan dengan laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaklumkan bacaan paras air di Sungai Perak tidak menunjukkan peningkatan ketara,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sehubungan itu, Meor Ismail menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling kerana hujan lebat yang berlaku ketika ini dijangka berlarutan hingga Mac depan.

“Kita akan menghadapi tujuh episod hujan lebat dan kini baru episod pertama.

“Jadi, NADMA harap orang ramai patuh arahan pihak berkuasa dan berpindah dengan segera jika terdapat tanda berlaku banjir,” katanya.

Mengulas situasi di Perak, beliau berkata Bagan Datuk antara kawasan berisiko, dengan keadaan dijangka bertambah buruk kerana lokasinya terdedah kepada aliran air dari Sungai Perak.

“Jika hujan berterusan di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan beberapa kawasan lain, limpahan air dijangka tiba dalam satu atau dua hari lagi ke Bagan Datuk.

“Saya berharap penduduk berpindah segera sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.

Related Posts

KPDN laksana 13,692 Jualan Rahmah MADANI hingga Jun

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan sebanyak 13,692 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari sehingga 13 Jun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KESUMA tumpu intervensi bantu rakyat hilang kerja, perkasa daya tahan pasaran buruh

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mendedahkan bahawa seramai 38,953 individu kehilangan pekerjaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dengan sebahagian besarnya membabitkan umur di antara 25 hingga 39…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa