Ribut Tropika Senyar makin lemah, namun hujan masih berterusan

PERKEMBANGAN terbaharu Ribut Tropika Senyar berada dalam situasi melemah dan statusnya diturunkan taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ribut itu kini berada di tengah Semenanjung Malaysia dan diramal akan terus bergerak ke arah timur menuju ke perairan Laut China Selatan.

“Berdasarkan pencerapan radar cuaca MetMalaysia, Senyar telah mendarat sekitar tengah malam tadi di kawasan pantai antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

“Walaupun sistem cuaca tersebut semakin melemah, aktiviti pembentukan awan hujan masih kekal aktif,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hisham berkata, keaadan itu berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di beberapa kawasan terutama di Pahang dan Terengganu.

“Corak cuaca ini dijangka berterusan sehingga esok. Kita akan terus memantau mengemaskini maklumat serta amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan ketara,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap maklumat terkini.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia,” katanya.

Senyar ialah ribut tropika ketiga yang melanda Malaysia dan yang pertama terbentuk secara langsung di Selat Melaka.

Semalam, METMalaysia menyifatkan pembentukan Senyar sebagai sangat luar biasa memandangkan Malaysia lazimnya berada di luar laluan taufan tropika.

Related Posts

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

  • By Fatin
  • September 17, 2026
SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak