KPDN laksana 13,692 Jualan Rahmah MADANI hingga Jun

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan sebanyak 13,692 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari sehingga 13 Jun tahun ini.

Timbalan Menteri KPDN, Datuk Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 974 dilaksanakan di 42 dewan undangan negeri (DUN) di Pahang iaitu melebihi 40 peratus sasaran pelaksanaannya tahun ini.

“Sekarang kita sedang meningkatkan lima kali sebulan (PJRM) di setiap DUN di seluruh negara.

Fuziah berkata demikian ketika ditemui selepas Majis Perasmian Program Jualan Rahmah MADANI sempena pembukaan baharu Pantai Selamat Seindah di Bandar Kuantan Putri, di sini hari ini.

Jelasnya, nilai jualan PJRM di Pahang dianggarkan sekitar RM66 juta bagi tahun 2025 yang dimanfaatkan lebih 2 juta isi rumah di negeri ini.

“Diharap dapat membantu rakyat Malaysia dalam menangani kos sara hidup, geopolitik, krisis Asia-Barat sekiranya ada kenaikan harga disebabkan oleh kuasa luaran,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihak KPDN tidak menerima aduan mengenai warga asing membeli minyak masak paket seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Beli minyak masak pun kena scan kad pengenalan melalui Sistem Skim Pentstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS). Ini cara memastikan tidak berlaku ketirisan subsidi kepada bukan warganegara.

“Setakat ini, maklumbalas kita terima mengenai eCOSS mendapati minyak masak paket mudah didapati, maksudnya tidak berlaku ketirisan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan berlaku ketirisan subsidi minyak masak paket berlaku membabitkan pembelian oleh warga negara asing baru-baru ini.

Related Posts

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 323 buah basikal sewa dalam operasi Tindakan Khas Pengusaha Basikal tanpa lesen dan Halangan Tempat Awam di sekitar Jalan Tembeling,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan dilaksanakan dengan sempurna. TH dalam kenyataan berkata, Jawatankuasa Penasihat Syariah TH dalam mesyuaratnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

  • By Aden
  • August 4, 2026
Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah