Perkhidmatan awam Sarawak terus diperkasa, tingkat penyampaian berorientasikan rakyat – KSN

KUCHING – Sarawak terus memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan awam dengan pelbagai inisiatif digital dan transformasi tadbir urus yang selari dengan aspirasi negeri untuk muncul sebagai pentadbiran terbaik di negara ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah berjalan kukuh sejak 1963 dan menjadi pemangkin kepada pembangunan inklusif merentas seluruh negeri. 

Beliau berkata, langkah reformasi seperti Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) telah membawa impak ketara dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat termasuk usaha mengurangkan kerenah birokrasi melalui penggunaan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI). 

“Sarawak juga telah mendahului transformasi digital dengan memperkukuh penggunaan teknologi merentas jabatan serta membina kepimpinan tempatan yang kompeten,” jelas beliau ketika berucap pada Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2025 di BCCK pada Khamis.  

Menurutnya, usaha negeri seperti pembangunan SPay Global, SarawakPass serta pelaksanaan pendekatan 3R iaitu ‘Revisit, Rethink dan Recharge‘ sekali gus membuktikan Sarawak sentiasa berada selangkah ke hadapan dalam memastikan sistem penyampaian lebih cepat, telus dan responsif. 

Beliau turut menekankan sokongan Persekutuan melalui projek strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 termasuk pembesaran Lapangan Terbang Miri, projek sambung tara grid Sarawak ke Semenanjung, rancangan tebatan banjir di Kuching dan Sarawak-Sabah Link Road. Katanya, pelaksanaan projek-projek tersebut memperkukuh infrastruktur negeri demi kesejahteraan rakyat. 

“Pertumbuhan ekonomi Sarawak juga kekal memberangsangkan dengan KDNK dijangka mencecah 5.7 peratus pada 2025 serta prospek jangka sederhana yang positif sehingga 2030,” ujarnya. 

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas komitmen tinggi dalam memperkasakan perkhidmatan awam dan kejayaan negeri mengadaptasi pelan tindakan Deklarasi Kuala Lumpur 2024 antara yang terawal di Malaysia. 

Mengakhiri ucapannya, Shamsul Azri menyeru seluruh penjawat awam Sarawak agar terus berdedikasi dalam menjalankan amanah rakyat serta memastikan prinsip integriti kekal menjadi teras perkhidmatan.

“Reformasi bukan slogan, sebaliknya tuntutan tugas demi masa depan rakyat dan negara,” katanya.

Related Posts

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak menyelar tindakan Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi berhubung hantaran media sosialnya yang didakwa menyerang peribadi Nurul Izzah baru-baru ini. Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah sasar pelaburan Ekonomi Biru, pelabur antarabangsa dipelawa teroka potensi laut

KOTA KINABALU – Pelabur dan pemimpin perniagaan antarabangsa yang menyertai Sabah International Expo (SIE2026) digesa meneroka peluang besar dalam sektor Ekonomi Biru Sabah yang berpotensi menjadi pemacu baharu pertumbuhan ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

Sabah sasar pelaburan Ekonomi Biru, pelabur antarabangsa dipelawa teroka potensi laut

  • By Ithma
  • September 4, 2026
Sabah sasar pelaburan Ekonomi Biru, pelabur antarabangsa dipelawa teroka potensi laut

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia