Sabah perkukuh Agenda Ekonomi Biru Mampan, tandatangan MoU Blue Financing dengan Maybank

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Blue Financing bersama Maybank bagi memperkukuh pelaksanaan agenda Ekonomi Biru Sabah. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini merupakan satu inisiatif strategik dan berimpak tinggi dalam usaha Kerajaan Negeri memperkasa sektor ekonomi berasaskan laut, marin, pesisir dan tenaga boleh diperbaharui.

“Majlis hari ini merupakan tanda komitmen dan keazaman Kerajaan Negeri untuk memperkukuh agenda pembangunan mampan, terutama memperkasa sektor Ekonomi Biru Negeri Sabah. 

“Melalui kerjasama ini, Maybank akan memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan pembiayaan biru kepada pelbagai projek dan perusahaan yang berpotensi memberi impak positif kepada ekonomi dan alam sekitar, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya. 

Beliau berkata demikian sempena Majlis Menandatangani Persefahaman (Mou) antara Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) dan Malayan Banking Berhad (Maybank), di sini pada Isnin.

Selain kemudahan kewangan, MoU tersebut turut merangkumi aspek nasihat pelaburan, pemantauan serta jaringan industri strategik bagi membantu memperkukuh pembangunan perniagaan berasaskan sumber laut dan pesisir.

Menurut Hajiji, Blue Financing akan menjadi pemangkin utama kepada transformasi ekonomi Sabah, khususnya melalui pelaksanaan projek berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D), penggunaan teknologi tinggi serta pembangunan hartanah dan tenaga boleh diperbaharui di kawasan pesisir.

“Dengan garis pantai sepanjang lebih 2,383 kilometer dan kawasan perairan yang luas, Sabah mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab utama ekonomi biru di rantau ini.

“Namun, potensi itu belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam kerangka pembangunan ekonomi negeri sebelum ini,” ujarnya.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI