Hormati hak demokratik, politik Sabah terus dinamik – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa keputusan dua bekas pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) untuk bertanding atas tiket PKR adalah hak demokratik yang perlu dihormati, selaras dengan amalan politik matang di negeri ini.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, setiap individu dalam sistem politik bebas memilih parti yang ingin diwakili dan perkara itu mencerminkan keunikan serta dinamika politik Sabah.

“Sudah tentu itu hak demokrasi mereka untuk memilih parti yang ingin diwakili.

“Mereka memilih untuk bertanding atas tiket PKR. Secara kebetulan, PKR juga merupakan rakan gabungan dalam kerajaan,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri dan Maybank bagi pembiayaan Projek Ekonomi Biru di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Hajiji berkata demikian ketika mengulas keputusan Datuk Jamawi Jaafar dan Datuk George Hiew, dua bekas pemimpin Gagasan Rakyat, yang kini diumumkan sebagai calon PKR.

Menurutnya, langkah itu tidak menimbulkan sebarang masalah kepada GRS mahupun Gagasan Rakyat kerana ia menggambarkan sifat terbuka politik Sabah.

“Bagi saya, tiada masalah , inilah dinamika politik di Sabah.

“Mereka kini secara rasmi calon PKR dan bukan lagi mewakili Gagasan Rakyat. Itu hak mereka dan kita menghormatinya,” ujarnya.

Hajiji turut berkata bahawa Gagasan Rakyat akan tetap menyokong kedua-dua calon berkenaan kerana PKR ialah parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan pusat.

“Kita tetap akan memberikan sokongan kerana mereka adalah calon Pakatan Harapan,” jelasnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, yang melepaskan jawatan dalam Kabinet Persekutuan, Hajiji enggan memberi komen lanjut dan berkata kenyataan rasmi telah dikeluarkan sebelum ini.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI