Ahmad Maslan terima PhD Komunikasi UUM

SINTOK – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang komunikasi pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu’adzam Shah, di sini hari ini.

Ahmad, 59, antara 879 graduan menerima ijazah dengan pengurniaan disempurnakan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu, beliau menzahirkan kesyukuran atas kejayaan memperoleh PhD selepas empat tahun bersusah payah menamatkan pengajian.

Ahmad dalam masa yang sama berterima kasih kepada keluarga, terutama isterinya, selain pensyarah serta penyelia dan rakan-rakan.

“Hari ini hari konvokesyen yang merupakan hari bersejarah kepada saya dan keluarga. Semoga ini sedikit sebanyak boleh dijadikan teladan bahawa mencari ilmu adalah satu usaha sepanjang hayat, pendidikan adalah usaha sepanjang hayat… dan mudah-mudahan ia menjadi inspirasi kepada ramai pihak, saya suka universiti ini,” katanya, lapor Bernama.

Ahmad berkata, antara cabaran dihadapinya dalam tempoh pengajian empat tahun itu ialah semasa pandemik COVID-19 yang memerlukan beliau mengikuti kelas secara dalam talian dan pada masa sama perlu menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Cabaran saya semasa COVID-19 saya kena kelas dalam talian. Masa saya balik kawasan kadang-kadang kena berhenti di R&R (kawasan Rehat dan Rawat) untuk mengikuti kuliah, selepas itu ada peperiksaan dua subjek utama iaitu Research Methodology dan Academic Writing.

“Alhamdulillah, kedua-dua subjek ini saya dapat A+, kemudian tentulah ada proses-prosesnya kena bentang kertas seminar antarabangsa, contohnya kena menulis, kemudian kena proposal defense, selepas itu kena buat Quantitative Analysis, menulis tesis, kemudian bertemu penyelia saya,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji jadi asas pulihkan integriti, pesalah wajar dipertanggungjawabkan

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menjadi titik penamat kepada episod penyelewengan dalam pengurusan institusi itu, selain membuka lembaran baharu ke arah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

JELEBU – Keputusan kerajaan sedia untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai langkah yang mencerminkan komitmen pentadbiran Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik