Program nasihat undang-undang percuma bantu golongan kurang berkemampuan di Miri

MIRI – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri di bawah pimpinan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, akan menganjurkan Program Khidmat Nasihat Undang-Undang Percuma (Legal Clinic Program) pada Jumaat ini, bertempat di Pusat Khidmat Parlimen Miri bermula jam 1.30 petang hingga 4.30 petang.

Program ini memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mendapatkan nasihat guaman percuma daripada peguam profesional dalam pelbagai bidang perundangan.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan akses terhadap keadilan dan maklumat perundangan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ekonomi.

Antara khidmat nasihat yang ditawarkan ialah urusan harta pusaka dan wasiat, perceraian serta hak penjagaan anak, isu sewaan dan pemilikan harta, kes gangguan dan fitnah, kesalahan jenayah kecil, serta prosedur mahkamah dan dokumentasi undang-undang.

Menurut Chiew, program ini diadakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan khidmat guaman berbayar, selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memahami undang-undang asas dalam urusan peribadi, keluarga dan harta.

“Program ini bukan sekadar memberi khidmat nasihat, tetapi juga memperkukuh fungsi Pusat Khidmat Rakyat sebagai platform advokasi, sokongan dan penyelesaian isu masyarakat, sejajar dengan nilai keadilan, ihsan dan kesejahteraan yang menjadi teras Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk mendaftar lebih awal memandangkan tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan atau janji temu boleh dibuat melalui talian 012-852 0946.

Penganjuran program ini sekali lagi membuktikan komitmen berterusan Ahli Parlimen Miri dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada ilmu dan perkhidmatan perundangan secara inklusif dan menyeluruh.

Related Posts

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

BATU PAHAT – Kira-kira 200 nelayan persisir pantai Orang Asli (OA) Kampung Sri Pantai terus berdepan isu pencerobohan bot pukat tunda di zon yang digazetkan kepada kumpulan itu sehingga menjejaskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

KUCHING – Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) Cultural Night 2026 menjadi platform penting dalam menyatukan belia Bukit Saban yang menetap di Kuching, selain memperkukuh silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’