Pertandingan karaoke kemuncak program ‘Sihat dan Ceria’ PERDIM

KUANTAN – Seramai 18 peserta daripada komuniti Orang Asli Kampung Alur Beruang, dekat Pekan, mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke yang berlangsung pada Sabtu malam.

Pertandingan itu diadakan bersempena program ‘Sihat dan Ceria’ anjuran Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM), diketuai Presidennya, Dr Boi Saidi Abd Razak.

Majlis perasmian pertandingan dilakukan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Mohammad Fakhruddin dalam ucapannya memuji usaha dilaksanakan PERDIM menerusi program berkenaan.

“Ini adalah inisiatif yang baik dan kerajaan negeri sangat menyokong usaha menyantuni penduduk di luar bandar, termasuk komuniti Orang Asli.

“Saya percaya program seperti ini membawa manfaat yang besar kepada komuniti setempat, di samping membuka ruang untuk hubungan lebih akrab antara kita,” katanya.

Hadir sama dalam pertandingan itu adalah Tok Batin Kampung Alur Beruang, Jazli Kurus.

Sementara itu, Dr Boi Saidi memaklumkan, program ‘Sihat dan Ceria’ bukan hanya bertujuan menyantuni masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan, tapi turut membawa pelbagai bantuan keperluan asas untuk mereka.

“Kita juga mengagihkan pakaian kepada penduduk di samping pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan dan bengkel kecantikan, khusus untuk warga Kampung Alur Beruang.

“Kami di PERDIM juga komited menjayakan misi sebagai Peneraju Kesihatan Ummah, bukan saja di Pahang, kalau boleh di seluruh negara,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan