1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak dipadam sejak 2022

SEBANYAK 1,456 kandungan berunsur jelik atau melampau yang melibatkan kanak-kanak telah diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial dalam tempoh antara 1 Januari 2022 hingga 15 Oktober lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia, mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan kandungan berunsur mudarat dapat dikawal sekali gus melindungi golongan rentan, khususnya remaja dan kanak-kanak.

“Dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Oktober 2025, MCMC sudah mengemukakan 1,521 permohonan kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan jelik atau jelik melampau membabitkan kanak-kanak.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 96 peratus bersamaan 1,456 kandungan sudah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Fahmi berkata, bagi mewujudkan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna, pihaknya telah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memenuhi syarat untuk memohon serta memperoleh Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi atau ASP(C) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Januari 2025.

“Di bawah kerangka pelesenan ini, terdapat Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial.

“Kod ini antara lain menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan yang memudaratkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memaklumkan bahawa kerajaan telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuh keselamatan dalam talian di negara ini.

“Akta ini bertujuan untuk mengawal selia kandungan memudaratkan serta menetapkan kewajipan dan obligasi bagi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak