PMX sokong misi flotila ke Gaza simbol solidariti global

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh terhadap misi flotila ke Gaza yang disertai aktivis antarabangsa termasuk dari Malaysia, dengan menyifatkannya sebagai simbol solidariti global menentang kezaliman Israel.

Beliau berkata, keberanian aktivis terbabit mencerminkan tanggungjawab bersama masyarakat dunia dalam mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat dan membela hak rakyat Palestin.

“Genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin wajar menerima kecaman tegas dan bukan sekadar retorik politik. Ia menyerlahkan pencabulan hak asasi manusia yang menjejaskan keselamatan sosial di seluruh dunia.

“Ia sekali gus menafikan hak asasi manusia terhadap keselamatan, maruah dan akses kepada perkhidmatan asas,” katanya ketika berucap pada Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Anwar menegaskan, berdiam diri terhadap ketidakadilan sistemik dan kekejaman yang berlaku di Gaza hanya menjadikan sebarang perbincangan mengenai keselamatan sosial global tidak bermakna.

Beliau berkata, Malaysia konsisten mengecam pendudukan Zionis dan kolonialisme penempatan di Palestin, sekali gus membuktikan komitmen negara terhadap keadilan yang merentasi sempadan serta menegaskan pentingnya solidariti dalam gerakan sosial.

“Justeru, wacana berkesan mengenai keselamatan sosial dunia mesti mengiktiraf realiti ini, dan apa yang kita perlukan sekarang ialah satu visi baharu yang mencerminkan cabaran semasa serta bersedia menghadapi masa depan,” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik