PMX tinjau bencana banjir dan tanah runtuh di Sabah 

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat mengadakan lawatan kerja ke negeri Sabah bagi meninjau situasi bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di Penampang dan Kota Kinabalu.

Lawatan beliau turut merangkumi kawasan tanah runtuh di Taman Perumahan Country Heights yang terjejas akibat tanah runtuh

Beliau yang diiringi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, tiba di taman perumahan tersebut sekitar pukul 2.55 petang.

Setibanya di lokasi kejadian, Perdana Menteri diberi taklimat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengenai kejadian tanah runtuh sebelum bertemu dengan penghuni blok perumahan yang terjejas.

Dalam pada itu, beliau juga turut menerima taklimat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berhubung operasi pemantauan serta aspek keselamatan di kawasan tersebut.

Menurut Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Noemi Dyena John Tren, pihaknya kini sedang berusaha untuk memindahkan penghuni terjejas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Selain itu, ada juga yang telah berpindah ke rumah keluarga masing-masing.  

“Pihak Majlis Perbandaran Penampang (MPP) juga sedang meneliti mana-mana rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia ada untuk kita tempatkan mereka,” katanya kepada Perdana Menteri semasa lawatan ke Taman Perumahan Country Heights, di sini, pada Jumaat.

Jelasnya lagi, terdapat 32 keluarga mangsa tanah runtuh yang menghuni bangunan tersebut serta 10 buah kenderaan dan 3 buah motosikal tertimbus tanah dan rosak.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan