Anwar mahu percepat proses pemulihan pasca banjir di Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan segala proses pemulihan pasca banjir di Sabah perlu dipercepatkan bagi memastikan mangsa yang terjejas mendapat bantuan segera, termasuk penyediaan prasarana asas.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta sebelum ini, namun melihat ada keperluan untuk menambah lagi jumlah itu berikutan pelbagai keperluan baharu yang timbul selepas fasa banjir.

“Saya daripada Doha dulu saya telah beri arahan untuk seluruh jentera Kerajaan Persekutuan bekerjasama, termasuk peruntukan tambahan RM10 juta itu.

“Tapi sekarang kita lihat beberapa keperluan yang tentunya memerlukan peruntukan yang lebih,” katanya dalam sidang media semasa membuat tinjauan tanah runtuh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah memastikan mangsa banjir mendapat keperluan asas seperti makanan, minuman dan penempatan.

“Selepas penyelesaian awal banjir ini sekarang ini kita hanya bantu masalah keluarga, makan minum mereka, penempatan mereka.

“Lepas itu, soal prasarana termasuk jalan dan IPG ini satu keutamaan,” ujarnya.

Menurut Anwar, kerajaan sedang menunggu laporan penuh kejuruteraan sama ada IPG Kampus Gaya yang dilanda tanah runtuh baru-baru ini boleh dibangunkan semula di tempat asal atau perlu dipindahkan ke lokasi baharu yang akan ditentukan bersama Kerajaan Negeri dalam kadar segera.

Tambahnya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga telah membentangkan laporan awal mengenai kerosakan IPG tersebut dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu dan laporan akhir diminta dikemukakan segera.


Related Posts

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz