Penyokong United desak Amorim dipecat

PEMINAT Manchester United berang dan mendesak pengendali pasukan, Ruben Amorim dipecat selepas Marcus Rashford meledak dua gol menakjubkan untuk membantu Barcelona menang 2-1 ke atas Newcastle United, awal pagi tadi.

Penyerang England berusia 27 tahun itu kembali ke tanah air bersama rakan sepasukan baharunya dan mencipta malam penuh memori apabila membuka jaringan pada minit ke-58 menerusi tandukan sebelum menggandakan gol hasil rembatan kencang ke penjuru gawang pada minit ke-69.

Prestasi Rashford itu membuat penyokong United semakin marah dengan Amorim yang masa depannya kini hangat dipersoal.

Seorang peminat menulis di X: “Amorim patut dipecat hanya berdasarkan prestasi Rashford, McTominay dan Rasmus. Lagi padu bila Garnacho buat siuuuu di Old Trafford nanti.”

Seorang lagi menambah: “Amorim perlu dipecat hanya kerana melepaskan Rashford… seorang pengurus yang tidak tahu apa yang dia buat.”

Komen lain pula berbunyi: “Amorim patut dipecat kerana halau Rashford keluar dari kelab. Tak boleh diterima langsung.”

Malah ada yang mencadangkan: “Pecat Amorim, bawa masuk Southgate dan dapatkan Rashford semula.”

Rashford sebelum ini dipinggirkan Amorim di awal tempoh tugasannya di Old Trafford, selepas hanya diturunkan dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris, dia dipinjamkan ke Aston Villa di mana prestasinya memberangsangkan.

Namun, Amorim tetap tidak memberinya peluang kembali ke skuad utama malah jersi No.10 miliknya sudah diberi kepada Matheus Cunha sebelum perpindahan rasmi.

Rashford akhirnya menandatangani pinjaman semusim bersama Barcelona dengan pilihan pembelian bernilai 26 juta pound (RM148 juta).

Related Posts

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

KUCHING – Kontinjen Para SUKMA Sarawak bertekad mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Para SUKMA ke-22 di Selangor, biarpun bakal berdepan cabaran sengit berikutan perubahan had umur atlet. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit