Mourinho balik ‘kampung’ asal, sertai Benfica

KARIER Jose Mourinho memasuki satu lagi episod menarik apabila pengendali berusia 62 tahun itu kembali ke Benfica, kelab yang menjadi titik permulaan perjalanan pengurusannya hampir 25 tahun lalu.

Mourinho, yang meninggalkan Fenerbahce bulan lalu, menandatangani kontrak sehingga penghujung musim 2026-27 bersama gergasi Lisbon itu.

“Janji saya, saya akan hidup untuk Benfica, hidup untuk misi saya. Saya jurulatih salah satu kelab terbesar dunia.

“Saya tidak penting, Benfica yang penting, penyokong Benfica yang penting. Saya di sini untuk berkhidmat.

“Saya mahu memenangi trofi. Hasrat saya adalah menamatkan kontrak dua tahun ini dengan berjaya,” kata Mourinho di pusat latihan kelab di Seixal.

Bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Manchester United itu meninggalkan Fenerbahce hanya dua hari selepas tewas kepada Benfica dalam playoff Liga Juara-Juara.

Kini, dia berpeluang sekali lagi dalam saingan yang pernah dimenanginya dua kali, bersama Porto pada musim 2003-04 dan Inter Milan pada 2009-10.

Presiden Benfica, Rui Costa, menegaskan Mourinho dipilih kerana rekod kemenangannya.

“Kami mahukan jurulatih dengan rekod kejayaan. Mourinho adalah antara pengurus paling dihormati di dunia,” kata Costa selepas pemecatan Bruno Lage susulan kekalahan mengejut 3-2 di laman sendiri kepada Qarabag dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Mourinho, yang terkenal dengan gelaran ‘Special One’ akan berdepan kelab lamanya pada peringkat kumpulan.

Benfica dijadual menentang Chelsea di Stamford Bridge pada 30 September sebelum menerima kunjungan Real Madrid pada 28 Januari.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama