Gempa bumi lemah landa Sri Medan

BATU PAHAT – Satu lagi gempa bumi lemah direkodkan di Sri Medan, Parit Sulong, petang semalam, menjadikannya gegaran kelapan sejak kejadian pertama di Segamat pada 24 Ogos.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memaklumkan, gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 itu berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.

MetMalaysia berkata, gempa itu berpusat pada koordinat 1.95 darjah utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi tersebut.

Terdahulu, lima gegaran direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada jam 6.13 pagi, 24 Ogos dengan magnitud 4.1; jam 8.59 pagi, Rabu (3.2); jam 7.56 malam, Khamis (2.5); jam 4.24 pagi, Jumaat (3.4) dan jam 7.29 pagi, Sabtu (2.7).

Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8.

Dalam perkembangan lain, gegaran terbaharu bermagnitud 3.0 berlaku di Semerah, Batu Pahat pada jam 1.57 petang Ahad, menurut mesej pemberitahuan Google.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan