Wan Rosdy ketuai delegasi Malaysia ke IMT-GT

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ketua Menteri dan Gabenor (CMGF) Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang berlangsung di Trang, Thailand bermula semalam.

Wan Rosdy berkata, kepercayaan diberikan untuk mengetuai delegasi Malaysia membuktikan Pahang diiktiraf di peringkat ASEAN dan antarabangsa.

Beliau berkata, forum berkenaan membolehkan negara berkongsi pandangan, menangani cabaran bersama dan merangka hala tuju masa depan.

“Sejak ditubuhkan pada 1993, IMT-GT menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau, bukan sahaja dalam pembangunan ekonomi, malah juga dalam keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau memaklumkan pihaknya turut menekankan kepentingan bidang utama seperti memperkukuh infrastruktur, transformasi digital, pembangunan mampan serta kesalinghubungan rakyat ke rakyat.

“Saya turut menyentuh lima projek pembangunan utama di Pahang iaitu pembangunan berorientasikan transit dan pelaksanaan projek pemecut ekonomi di tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Gebeng sebagai Taman Perindustrian Halal serantau selain pembangunan industri daging lembu Wagyu dan tenusu,” katanya.

Wan Rosdy turut memfokuskan promosi ‘Visit Pahang’ bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan pembangunan Geopark Lipis ke arah pengiktirafan sebagai Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Inilah kunci untuk menjadikan rantau kita lebih berdaya saing, inklusif dan makmur.

“Saya percaya dengan kebijaksanaan serta kerjasama semua pihak, IMT-GT mampu membuka potensi penuh rantau ini demi kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar